25 December 2014

Hi Kekasih

In The Name Of ALLAH The Most Gracious The most Merciful

Hi kekasih,
aku mengharapkan agar semuanya seperti sediakala.
walaupun hakikatnya,
hanya kau dan aku yang tahu.

Hi kekasih,
aku rindu,
aku teramat rindu waktu bersama.
aku teramat rindu gurau senda.
aku teramat rindu setiap bait kata yang kau lafazkan.
aku rindukan semuanya.

Hi kekasih,
apa benar aku masih dihatimu?
apa benar aku yang engkau pilih untuk menjadi tulang rusuk kirimu?
apa benar aku yang bakal bersama ketika jatuh bangkitmu?
apa benar aku yang kau cintai?
apa benar semua itu wahai kekasih?

Hi kekasih,
mungkin aku masih tidak mengerti dengan apa yang terjadi.
ataupun aku hanya membutakan mata dan mentulikan telinga
untuk tidak faham semua ini.

Hi kekasih,
aku dapat merasakan kau rimas dengan semua ini,
kau rimas untuk memperjelaskan segala kekusutan yang dialami.
aku tahu kau rimas.

Hi kekasih,
aku cuma mahu pinjam 5 minit waktumu,
hanya untuk mengatakan bahawa aku rindukanmu.

Hi kekasih,
waktu berputar dengan begitu pantas,
jarak kau dan aku semakin memisahkan,
2 tahun yang kau minta bakal bermula dari sekarang,
hanya satu persoalan yang terdetik dihatiku,
apakah berbaloi 2 tahun itu untuk aku menunggu?

Hi kekasih,
orang bilang " jodoh itu perlukan keyakinan"
jadi aku menyakinkan hati untuk menunggu kau selama tempoh itu.

Hi kekasih,
aku berpegang dengan segala janji yang kau taburkan,
dan apa yang pernah kau katakan dahulu bahawa,
engkau bukanlah seperti lelaki yang lain
jadi aku pegang kata-katamu itu.

Hi kekasih,
aku cuma doakan engkau adalah mutlak jodohku.
walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan
untuk hidup bersamamu.
ketahuilah kekasih
bahawa aku mencintaimu tanpa sebab.

Hi kekasih,
kemana pun kita berlari,
bilamana kau mutlak jodohku,
kita pasti akan bersama.

No comments: