04 January 2015

PROBLEM

In The Name Of ALLAH The Most Gracious The most Merciful

Assalamualaikum and Hi readers ! First of all aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul and Happy New Year ! yeah yeah dah jarang sangat aku nak update blog ni unless aku ada cerita yang menarik ataupun sengaja nak kongsi masalah. Erm talking about problem, I guess all of you got a problem right? Nahh you gotta be kidding me if you say that you don't even have one. Aku bukannya nak kongsi masalah yang sebesar alam ataupun masalah dunia. Aku cuma nak share masalah pasal hati.

Okay okay macam geli tapi who cares? blog saya kan jadi suka hati kucing kacukan awaklah saya nak tulis apa pun. Back to the main topic, macam aku tulis kat atas tu manada orang dalam dunia ni takde masalah melainkan orang tu orang "gila". Orang gila memang takde benda nak fikir sebab dia hanya hanyut dalam dunia dia sendiri. Tapi, bagi insan normal seperti aku ni, dah sah sah punya masalah. Tak kira lah masalah tu sebesar mana ataupun sekecil mana ianya tetap dikira masalah. Cth, kau berada dalam dewan peperiksaan, dakwat pen kau cuma tinggal nyawa-nyawa ikan dan masa tamat peperiksaan pun hampir habis, jawapan semua kau tak sempat nak tulis dalam kertas kajang dan masa pun habis. kau tak rasa tu bencana ke? Masalah kan? Tapi masalah yang lebih gawat sekarang ni masalah aku. Yang aku melalut sampai dewan peperiksaan ni dah kenapa?

Pernah tak berada dalam situasi hati kau kosong? rasa nak nangis, setiap apa yang kau lakukan semuanya tak  kena dan rasa serabut sangat. Pernah? Itulah yang aku alami since few days ni. Sampai satu ketika aku berfikir mungkinkah ini cara untuk aku mendekatkan diri dengan Allah?. Aku mengaku, aku bukanlah insan yang sempurna. Nak dikatakan jahil tu, takdelah cuma belum cukup sempurna dari semua aspek. Bukan nak tunjuk alim ke apa entry aku kalini, tapi kejadian ni memang berlaku dalam 5 jam yang lepas.
Lets read the conversation between me and him


Me: You, you busy tak?
Him: I tak busy. Cuma penat sikit balik dari Alor Star rumah member.
Me: Oh yeke.. Emm takpelah.
Me: You pergilah rehat,
Me: Actually I need someone to talk.
Him: Kenapa sayang? Ada apa masalah? bagilah tahu
Me: I takde masalah bie.
Him: Dah tu?
Me: I nak cerita macam mana pun I tak tahu.
Him: Ceritalah.. I tunggu. Macam mana pun takpe. I dengar k.
Me: I tak tahu perasaan apa yang ada sekarang ni. Jiwa I kosong.. I rasa serabut tapi I tak tahu apa sebab dia.. I rasa tak sedap hati sampai I tak boleh nak fokus study.
Him: You solat lah sayang. Solat bg kita tenang tau. In Shaa Allah semuanya akan oke sayang.
Me: lepas solat tadi I terus whatsapp you bie. dah beberapa kali jadi macam ni.
Him: You serabut kenapa?
Me: entahlah.. I tak tahu apa yang I fikir.
Him: You cuba buat Istiqarah. In Shaa  Allah, mesti Allah bg petunjuk, I selalu buat kalau I resah..
Me: I tak suka perasaan yang ada sekarang ni. I taknak fikir apa-apa but end up still akan ada perasaan ni,
Him: perasaan apa?
Me: perasaan kosong macam sekarang ni. sampai rasa nak nangis. Istiqarah? Cari petunjuk? petunjuk apa agaknya Allah nak bagi.
Him: petunjuk tentang masalah yang you tak tahu.. sayang jangan nanges k. I sentiasa ada dengan you.. I takkan tinggal you. Ehh jangan takut sayang.. Allah sentiasa beri jalan yang lurus.. Allah sentiasa beri jawapan kepada hambanya.
Me: I tahu bie, I cuma takut kebenaran.. itu je.. I tahu Allah sentiasa ada. I takut I tak kuat nak hadapi dugaan lagi bie..
Him: You perempuan yang sangat kuat sayang.
Me: I tak kuat bie. Demi  Allah I tak kuat.
Him: Allah sentiasa ada dengan orang yang disayangi. Mungkin Allah tengah duga hubungan kita sampai tahap mana kita boleh bersabar.

Okay, the conversation ends here. Tak boleh lebih lebih bahaya hiks, Jadi itulah masalah yang aku alami. Rumit? sangat rumit sampai ada satu malam tu aku menggigil dan menangis semahunya.. Aku ambil wuduk dan solat sunat. Nasib baik ada akak fida tenangkan aku. Jadi sekarang ni aku cuba untuk terus berfikiran positif dan cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu OVER-THINKING. Betulah apa orang cakap, kadang bila kita terlalu memikirkan perkara yang tak penting membuatkan kita jadi tak tentu hala sampai menyerabutkan kepala otak.

Last but not least, thanks to him sebab banyak bagi nasihat and semangat. Bukan mengharapkan ketenangan daripada mamat ni ke apa cuma, dia seorang pendengar yang setia and mampu kurangkan sikit beban yang ada. Glad to know you dude. Apa-apa pun dugaan yang mendatang, aku takkan lemah semangat lagi. Anyway thanks fer reading this annoying entry. Will be back soon.

25 December 2014

Hi Kekasih

In The Name Of ALLAH The Most Gracious The most Merciful

Hi kekasih,
aku mengharapkan agar semuanya seperti sediakala.
walaupun hakikatnya,
hanya kau dan aku yang tahu.

Hi kekasih,
aku rindu,
aku teramat rindu waktu bersama.
aku teramat rindu gurau senda.
aku teramat rindu setiap bait kata yang kau lafazkan.
aku rindukan semuanya.

Hi kekasih,
apa benar aku masih dihatimu?
apa benar aku yang engkau pilih untuk menjadi tulang rusuk kirimu?
apa benar aku yang bakal bersama ketika jatuh bangkitmu?
apa benar aku yang kau cintai?
apa benar semua itu wahai kekasih?

Hi kekasih,
mungkin aku masih tidak mengerti dengan apa yang terjadi.
ataupun aku hanya membutakan mata dan mentulikan telinga
untuk tidak faham semua ini.

Hi kekasih,
aku dapat merasakan kau rimas dengan semua ini,
kau rimas untuk memperjelaskan segala kekusutan yang dialami.
aku tahu kau rimas.

Hi kekasih,
aku cuma mahu pinjam 5 minit waktumu,
hanya untuk mengatakan bahawa aku rindukanmu.

Hi kekasih,
waktu berputar dengan begitu pantas,
jarak kau dan aku semakin memisahkan,
2 tahun yang kau minta bakal bermula dari sekarang,
hanya satu persoalan yang terdetik dihatiku,
apakah berbaloi 2 tahun itu untuk aku menunggu?

Hi kekasih,
orang bilang " jodoh itu perlukan keyakinan"
jadi aku menyakinkan hati untuk menunggu kau selama tempoh itu.

Hi kekasih,
aku berpegang dengan segala janji yang kau taburkan,
dan apa yang pernah kau katakan dahulu bahawa,
engkau bukanlah seperti lelaki yang lain
jadi aku pegang kata-katamu itu.

Hi kekasih,
aku cuma doakan engkau adalah mutlak jodohku.
walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan
untuk hidup bersamamu.
ketahuilah kekasih
bahawa aku mencintaimu tanpa sebab.

Hi kekasih,
kemana pun kita berlari,
bilamana kau mutlak jodohku,
kita pasti akan bersama.

29 June 2014

CERITA DARI HATI

In The Name Of ALLAH The Most Gracious The most Merciful

Assalamualaikum and hi beautiful creature ! Salam Ramadhan al-Mubarak to all muslimin and muslimat. Happy fasting uolss. Perbanyakan amal ibadat untuk bulan yang  penuh barakah ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh mulia ini.

Sebelum kita mencapai kejayaan atau memperoleh sesuatu, pasti perlu tempuh dengan pelbagai dugaan. Betul kan? Dan sekarang kiera dalam situasi begitu. Perasaan serabut yang bermain dalam fikiran menyebabkan aku sampai satu tahap berfikir " should I give up?" Rasa tak sanggup dengan dugaan yang diberi. Kadang sampai dah tak tahu nak luahkan apa yang ada dalam hati ini. Pedih, sakit, terseksa ? semua cukup. Menangis jangan cakaplah. Seharian menangis pun takpe. Tapi bila difikirkan balik, kenapa aku tak kuat dengan dugaan ni? Mungkin dengan dugaan ni, aku akan menjadi seorang yang lebih kuat, lebih tabah, mampu kawal perasaan, dan lebih penyabar.

Okay aku taknak luahkan lagi apa yang terbuku dalam hati ni. Biar Allah saja tahu apa yang aku rasa dan alami. Okay taknak sesedih first ramadan ni. Sepatutnya ceria, bertenaga, bergembira dan ber ber ber :P


Its time to away from the keyboard. Got to go people. I'll update another post. Thanks fer reading this annoying post (;